Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini setiap hari melalui email dan melanggan Pelesit Selatan blog. Percuma je!

Delivered by FeedBurner

10 Tips Menunggang Motosikal Dengan Cermat Dan Selamat

Indeks dan angka jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal semakin hari semakin bertambah sejak dari tahun 2014 lagi. Baru-baru ini juga ada banyak kemalangan berlaku yang melibatkan penunggang baik dari kalangan pelajar mahu pun mereka yang sudah bekerja.

Kemalangan jalan raya memang datangnya dari pelbagai faktor namun punca dari kealpaan dan kelalaian pembonceng motosikal itu sendiri juga menjadi antara penyumbang.

Melalui artikel ini, anda akan di berikan beberapa  tips utama agar anda dapat menunggang motosikal dengan cermat dan selamat. Antara tipsnya ialah :

Tips 1 : Memakai Visor Helmet
Tidak semua penunggang motosikal gemar untuk menggunakan visor helmet ketika mereka menunggang motor. Ada yang merasa rimas, pandangan tidak jelas dan ada juga yang memberi alasan ianya agak leceh.

Namun begitu tahukah anda bahawa helmet yang di sertakan dengan visor mampu memberi  kelebihan buat anda seperti mengurangkan sinaran matahari terus ke penglihatan serta ianya dapat membantu wajah anda daripada terkena apa-apa serpihan ketika menunggang. Sebaiknya, pilihlah visor yang sederhana kecerahannya.



Tips 2 :  Memakai kasut

Tidak semua orang suka memakai kasut ketika menunggang motosikal melainkan jika anda bekerja di sektor yang mewajibkan anda untuk memakai kasut.

Bagi anda yang menunggang motosikal, memakai kasut akan melindungi kaki anda daripada tercedera walaupun untuk ukuran yang kecil.

Kita tidak tahu mungkin sahaja berlaku geseren di atas permukaan jalan atau anda mungkin terjatuh dari motor, memakai kasut yang sesuai mampu untuk melindungi kaki anda daripada cedera.

Tips 3 : Lihat rantai dan gear

Jadilah penunggang motosikal yang bertanggungjawab. Usah terlalu asyik menggunakan motosikal anda ke mana-mana tanpa melihat keadaan rantai dan gear sama ada ianya dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Pastikan rantai dan gigi gear (spoket) tidak berbunyi. Jika perlu tukar maka lakukan penukaran dengan segera.



Tips 4 : Lesen

Sangat penting untuk anda selalu memeriksa status lessen anda. Jika ke mana-mana pastikan lessen di bawa bersama. Ramai yang mengambil mudah hal ini apabila mereka keluar rumah. Jangan sampai pihak polis menahan anda kerana hanya tidak membawa lessen motor.

Tips 5 : Keadaan tayar motorsikal

Berapa kali anda periksa kedua-dua tayar motosikal anda setiap minggu sebelum anda bergerak? Rata-rata ramai yang tidak endah akan keadaan tayar motosikal mereka.
Pastikan kedua-dua tayar motosikal anda itu mempunyai angin yang cukup.

 Tips 6 : Sidemirror

Sangat ramai penunggang motosikal yang berani mati dengan menunggang motor tanpa ada sidemirror. Jika ada pun cermin itu seolah-olah tidak memberi fungsi kepada mereka ketika berada di atas jalan raya. Sebelum begerak, pastikan sidemirror di setting terlebih dahulu. Banyak kes kemalangan yang berlaku apabila penunggang motor tidak prihatin akan kenderaan sekeliling dan tidak menggunakan fungsi sidemirror sepenuhnya.

Tips 7 : Menjaga jarak

Ketika anda berada di lampu isyarat, pastikan jarak kaki anda itu di jaga apabila ada kenderaan lain yang lebih besar berada dekat dengan anda sama ada van, kereta, bas atau lori.

Tips 8 : Elak langgar lubang

Anda selaku pengguna jalan raya yang membawa motosikal, anda di lihat jauh lebih kecil dari yang lain dan mempunyai risiko lebih tinggi. Apabila anda melalui jalan raya yang permukaan tidak rata dan berlubang, anda juga lebih berisiko untuk jatuh,cedera atau motor anda mungkin berisiko untuk rosak.
Oleh itu, elakkan daripada melanggar lubang.

Tips 9 :  Ambil tahu “port” panas

Jadilah juga penunggang motor yang prihatin dengan mengetahui antara tempat yang menjadi tumpuan speed trap. Dengan cara ini anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga.

Tips 10 : Pastikan keadaan anda baik

Jika mengantuk berhentilah dahulu di mana-mana untuk rehat. Ini biasanya berlaku kepada penunggang yang bekerja jarak jauh dan membawa motor dalam keadaan penat dan tidak bermaya. Ini sangat merbahaya kepada mereka dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Itu dia, 10 tips mudah untuk anda amalkan semasa menunggang motosikal. Semoga anda menjadi penunggang yang berhemah dan bijak.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini >>

8 Tips Dan cara Untuk Jimatkan Minyak Motosikal