Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini setiap hari melalui email dan melanggan Pelesit Selatan blog. Percuma je!

Delivered by FeedBurner

Bawak Kucing Si Oren Pusing - Pusing Naik Moto



Bawak Kucing Si Oren Pusing - Pusing Naik Moto , si oren pun baik n relax je ambik angin. Cayalah owner dia steady dapat kucing yang boleh teman macam bawak awek hehe.

Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my

Ex5 Baik Punya Cilok ! Pernah Ke Korang Buat Camni?



Ex5 Baik Punya Cilok ! Pernah Ke Korang Buat Camni? Mungkin brader ni tak tahan nak terberak cilok tak ingat dunia hehe. Naik seriau tengok di mencilok silap haribulan makan bumper kereta depan kah2. Biasa geng mat despatch kerja mencilok2 ni diorg memang pakar di jalan sesak.

Sila subcribe channel youtube kami untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my

Soalan:kenapa rxz masih ramai peminat?






Jawapan: Kenapa Yamaha Rxz Masihh Punyaii Ramai Peminaat ? Kenapa ,Why ? Why ?
Mengikut Sejarah Pengeluaran Motosikal Yamaha Sekitar Tahun 80 an , Yamaha Rxz 135 cc Pernah Jadi Raja di Jalan Raya Suatu Ketika Dahulu Dan Nampaknya Yamaha Rxz Masih Lagi Mendapat Perhatian Peminat-Peminat Motosikal Tempatan Especially Mat Rempit . Yamaha Tzm ,Yamaha 110ss , Yamaha 125z dan Yamaha 135 Lc Adalah Jentera Yamaha Yang Power Seperti Rxz .

Yamaha RX-Z 135 mula dikeluarkan pada tahun 1985, dengan menggunakan transmisi 5 kelajuan (5 speed) dan brek disk tidak berlubang. Selang beberapa tahun iaitu pada tahun 1989, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan (6 speed), bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.

Setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model Yamaha RXZ ni. Kelebihan pada rxz 5 speed ni adalah top speed nye lebih sedap berbanding dengan rxz 6 speed. Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru iaitu model rxz catalyzer dengan penambahan catalytic converter, lampu belakangnya juga menyerupai Yamaha 125z dan beberapa lagi perubahan yg lain. Tapi sekarang ramai yg convert dari model lame2 ke model2 6 speed atau catalyzer untuk lebih tampak moden, baru dan bergaya. Model RX-Z yang diperbaharui dilengkapi penukar bermangkin, mengorbankan 1 PS daripada kuasa maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS).

Walau bagaimanapun, kilasan maksimum tidak berubah tetapi kilasan pada kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik berbanding keluaran terdahulu.Selain dari RXZ, Yamaha mengeluarkan beberapa jenis model iaitu Yamaha TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z, Yamaha LC dan banyak lagi model dan Yamaha RXZ adalah model yang paling banyak dikeluarkan oleh Yamaha di ikuti model yang kedua terbanyak dihasilkan oleh Yamaha iaitu Yamaha 125z

Resepi Kelajuan Sprocket

Assalamualaikum..

Post kali ini adalah uji kaji setelah sekian lama mengubah spesifikasi motor kepada asal... means kembali standard bro. Well, modified ney memang best. Penangan dia perggghhh memang terbaik. Nak laju je setiap kali jumpa LC lain atau motor2 saingan dengannya..

Yamaha Malaysia dah lancarkan model terbaru iaitu Yamaha Y15ZR. Dengar cite laju semacam walaupun standard. Well, kita tak dapat melihat dengan mata sendiri on the road saing2 dengan LC lama lagi... So, tak leh nak judge motor baru.

Topspeed = 138 kph on meter. Tapi andai ada ralat pada meter mungkin tak banyak.

Banding dengan LC v1.. Hmmm.. meter xleh pakai. Topspeed 170 kph meter. Tipu habis la~ hahahaha.. Saya kalau nampak ade orang komen LC v1 laju sampai 170 kph memang gelak guling2 la.. Kene tipu dengan meter.. puih la..

So, daripada problem iaitu cost tinggi untuk modified tetapi demi mencapai matlamat untuk terus laju kehadapan. Saya telah membuat kajian seba sedikit tentang standard tuning.

1. Ujikaji Sprocket ratio.

Perkara yang anda perlu faham ialah mengubah sprocket ratio boleh menyebabkan perubahan pada kuasa kuda dan kuasa kilas pada engine motor... means Horsepower dan Torque... hmm.. kalau tak faham boleh google la meaning those words..

Conclusin, perkara yang kene faham :
Torque meningkat = Pickup laju, Acceleration pantas, Pecutan tinggi.
Torque menurun    = Pickup lambat, Acceleration slow, Berat la senang cite.

Basicly menukar saiz sprocket depan menyebabkan perubahan yang sangat besar pada engine. Misalnya jika ia ditukar kepada saiz kecil, Torque akan meningkat. Manakala Jika ditukar kepada saiz besar, Torque akan menurun.

Jika menukar saiz sprocket belakang, effectnya tidak sebesar sprocket depan. tapi at the end, Anda akan rasa effectnya pada topspeed. Sprocket belakang terbalik effecting berbanding sprocket depan. Jika ditukar saiz besar, Torque meningkat. Dan ditukar saiz kecil, Torque menurun..
So, bagaimana nak tahu effect asas sebelum menukar saiz sprocket?
Saiz asal sprocket ( 4 speed ) : 15 (drive) depan, 39 (driven) belakang

Drive ratio = 15 ÷ 39
                  =  0.3846

Saiz sprocket baru ( 4 speed ) : 15 (drive) depan, 38 (driven) belakang

New Drive ratio = 15 ÷ 38
                           = 0.3947

So, = 0.3947 - 0.3846
      = 0.01  (decrease torque)

Sprocket 15-38... tpi susah giler nak dpt.. ney pun
sebab dalam tunnel highway.. pickup memang
sedih la.. engine standard.

Apabila new drive ratio adalah nilainya lebih besar, kesannya adalah anda akan dapat increase topspeed tetapi decrease in acceleration.. means topspeed meningkat tapi pickup menurun..

Saiz sprocket baru ( 4 speed ) : 15 (drive) depan, 40 (driven) belakang

2nd Drive ratio = 15 ÷ 40
                          = 0.375

So, = 0.375 - 0.3846
      = - 0.0096 (increase torque)

Apabila 2nd drive ratio lebih kecil nilainya bermakna decrease topspeed, increase acceleration.

Lastly, cuma nak ingtkan kepada yang inginkan high topspeed, drive ratio tu tak perlu lah terlalu besar nilainya kerana horsepower pada engine akan menurun. Motor terlalu berat dan mengambil masa yang lama untuk mencapai topspeed sebenar.

Untuk kepada pengguna racing CDI, biasenya cut-off  pada 12K rpm. jadi jika nilai drive ratio besar, kemungkinan nak capai 12K rpm adalah mustahil. Disyarankan guna drive ratio yang rendah agar dapat serasikan horsepower engine untuk capai 12k rpm (max rpm)... Sebab topspeed motor pada rpm paling tinggi..

Cukup setakat kali ini. teruskan jadi followers kerana ada banyak lagi post uji kaji yang akan datang.
Selamat mencuba... Semoga semakin Laju kedepan :)

Jangan lupa share resepi ni
Gambar Hiasan