Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini setiap hari melalui email dan melanggan Pelesit Selatan blog. Percuma je!

Delivered by FeedBurner

Mat Rempit JB Present "Kanjo Malam JB"



Mat Rempit JB Present "Kanjo Malam JB"
Biar rempit asal tak isap dadah
Lima Kedai Highway

Kredit: Akim Aronz IV

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Berani Mati !! Race Malam Minggu Di Asrama Sekolah



Berani Mati !! Race Malam Minggu Di Asrama Sekolah. Haha ramai gila penyokong tu, kemungkinan ada pertaruhan kot, Berani mati sebabnya kalau kantoi dengan warden abis la semua haha. Jangan marah ye. Teringat admin kenangan masa sekolah dulu dok asrama gak.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Moto Apa Depan ?? Tup tup...Hilang Terus !



Moto Apa Depan ?? Tup tup...Hilang Terus..Laju gaban dia punya moto, toyol apakah dia masukan..moto besar belakang tu pun tak berapa boleh blah dah tu. Yang kedua tu sempoi fly sebelah tangan hoho...boleh tambah kelajuan maksimum.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Gila Corner ! Main sesah je budak2 ni layan corner



Gila Corner ! Main Sesah Je budak2 ni layan corner. Nak bunuh orang ke diri sendiri.. tambah budak moto box tu main masuk je dia x kira blind spot ke, member sebelah ke..haha. Kena belajar dulu corner yang betul, baru la meleper timing tak serabai macam tu.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Panas Line! Aksi Awek Rxz Fly, Padu Kot Jentera Dia


Panas Line! Aksi Awek Rxz Fly, Padu Kot Jentera Dia. Mengalahkan abang2 rxz sebelah. Pandai plak tu main angin. Boleh tahan la, pada abang2 kt luar tu sila la cari calon yang mempunyai hobi yang sama, baru tak kena rantai kaki hehe.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Panduan Memilih Motorsikal Kegunaan Kerja Harian


Naik motor ke pejabat memang best. Tak perlu lagi pening kepala menghadap jem hari-hari. Bajet bulanan untuk minyak dan tol, memang berkali ganda boleh jimat.

Tapi apa yang tak best bila motor yang dibeli tidak sesuai pula dengan keperluan anda yang sebenar. Biasa terjadi kalau pilihan dibuat hanya berdasarkan faktor reka bentuk dan jenama sahaja.

Jadi di sini admin akan kongsikan kelebihan dan kekurangan setiap jenis motorsikal; tapi terhad kepada 3 jenis sahaja iaitu sportbikekapchai(moped) dan skuter memandangkan tiga jenis ini antara motorsikal yang boleh didapati pada harga yang mampu milik lantas sesuai untuk kegunaan seharian.

Jenis Sport


Motosikal Jenis Sport


(+) Prestasi lebih tinggi, dari segi pick up dan top speed.
(+) Tangki minyak yang lebih besar, sesuai untuk penjalanan jauh (200-300km)
(+) Pengendalian lebih stabil terutama di lebuh raya

(-)  Harga yang lebih tinggi, sekitar RM7000 ke RM20,000 untuk jenis mampu milik.
(-)  Kos maintenance yang lebih tinggi, dari segi alat ganti, insurans dan cukai jalan.
(-)  Kurang kemudahan membawa muatan
(-)  Sistem transmisi menggunakan klac manual yang tidak diajar di sekolah memandu (untuk lesen B2)
(-)  Penggunaan bahan api yang ketara lebih tinggi berbanding kapchai, terutama yang berkapasiti 250cc ke atas.

Untuk jenis Sport ini, boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu Naked atau Faired (model ber-fairing) dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Naked Sport/Streetfighter
KTM Duke 250 2017
KTM Duke 250 '17
(+) Posisi tunggangan yang selesa dengan kedudukan hendal yang tinggi dan posisi badan menegak
(+) Pengendalian dalam bandar lebih mudah disebabkan aras penglihatan lebih tinggi
(+) Akses ke bahagian enjin yang lebih terbuka, motorsikal nampak gagah (subjektif)
(+) Harga sedikit murah dari model berfairing

(-)  Kurang selesa untuk kelajuan tinggi disebabkan terjahan angin yang kuat di bahagian dada
(-)  Posisi tunggangan yang tinggi kurang stabil semasa mengambil selekoh
(-)  Motorsikal nampak kurang cantik pada pandangan masyarakat yang tidak mampu menilai (subjektif)


Sportbike (Faired)
Kawasaki Ninja 250SL
Kawasaki Ninja 250SL

(+)
 Posisi tunggangan ke arah sporty, hendal lebih rendah dan posisi alas kaki ke belakang
(+) Kurang terjahan angin pada badan penunggang, badan dan lengan direhatkan atas tangki minyak
(+) Boleh mencapai kelajuan lebih tinggi dari model naked dan lebih stabil di selekoh
(+) Motorsikal nampak ala-ala model perlumbaan Moto GP, jadi tarikan mata yang memandang (subjektif)

(-)  Tidak selesa untuk perjalanan di dalam bandar disebabkan tekanan ke atas pegelangan tangan dan posisi tunggangan membongkok boleh menyebabkan sakit belakang.
(-)  Harga lebih mahal daripada model naked
(-)  Lebih sukar untuk maintenance/baik pulih disebabkan fairing perlu dibuka terlebih dahulu (boleh jadi kos upah tambahan)

Untuk model sport ini boleh didapati (sekurang-kurangnya untuk pasaran Malaysia) dari serendah 150cc hingga ke 1400cc. Di sini admin klasifikasikan mengikut harga dan kapasiti enjin serta populariti motorsikal tersebut di jalanan, dan disebabkan ini untuk tujuan penggunaan harian admin hadkan pilihan harga kepada RM25,000 berikutan lingkungan harga ini lebih mudah dijangkau oleh rata-rata penunggang motorsikal di Malaysia - tapi kalau nak juga bawa Ducati Monster atau S1000RR ke pejabat pun tiada masalah, bergantung kepada kemampuan dan cita rasa masing-masing.

 
RM10,000 ke bawah.
Yamaha FZ 150i | 150cc | RM8,500
Demak Skyline | 200cc | RM7,500
Kawasaki KLX150 | 150cc | RM9,500


Naza N5 250cc boleh didapati pada harga bawah RM10,000 sekarang. 

Yamaha FZ150i dan Demak Skyline
Yamaha FZ150i dan Demak Skyline
Model-model terpakai berikut agak popular pada segmen harga ini:
Honda CBR 150R | Kawasaki Ninja 250 | Honda CBR 250 | Naza Blade 250

Dalam segmen ini Yamaha FZ 150i menjadi pilihan disebabkan faktor penggunaan bahan api yang efisien dengan adanya sistem suntikan bahan api. Pengalaman peribadi admin, motorsikal ini mampu berkendara sejauh 320km dengan 8liter petrol (RM18, 2.10/ltr) dan disebabkan admin hanya mengisi minyak di hujung minggu, layak mendapat rebate 5% apabila menggunakan kad kredit.

RM11,000 ke RM16,000
Naza N5 | 250cc | RM13, 000
Naza Blade 250R | 250cc | RM15,000 (terdapat juga versi naked)
KTM Duke 200 | 200cc | RM14,500 (non ABS)
KTM Duke 250 | 250cc | RM18,000 (versi ABS sahaja)
Kawasaki z250SL | 250cc | RM15,000

Pada segmen harga ini kebanyakan motorsikal yang ditawarkan adalah dari model naked, kecuali Naza Blade dan motorsikal terpakai dari model ber-fairing. KTM Duke 200 agak popular di kalangan eksekutif muda disebabkan penampilannya yang unik - di samping faktor jenama KTM yang berasal dari Austria.

Superbike 250cc


RM16,000 ke RM25,000
Kawasaki Ninja 250SL | 250cc | RM16,300 (versi fairing kepada z250SL)
KTM Duke 200 ABS | 200cc | RM16,000
KTM RC200 | 200cc | RM17,000 (versi fairing kepada Duke 200)
KTM RC250 | 250cc | RM19, 500 (versi ABS sahaja)
Yamaha YZF-R25 | 250cc | RM19,000 RM21,000
Kawasaki z250 | 250cc | RM20,000
Naza Blade 650R | 650cc | RM20,000
Kawasaki Ninja 250 | 250cc | RM22,000
Honda CBR250R | 250cc | RM22,000
Honda CBR250RR (harapnya Boon Siew Honda bawa masuk ke pasaran tempatan)

Untuk segmen ini pula, kebanyakan motorsikal yang ditawarkan adalah dari jenis ber-fairing kecuali sedikit motorsikal naked kelas 'premium' dan Naza Blade 650R  yang memerlukan penunggang berlesen B penuh (lesen B2 terhad kepada motorsikal berkapasiti enjin 250cc ke bawah). Antara sportbike dalam kelas ini yang begitu popular ialah Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250R - dan populariti ini penting kerana turut membantu dalam memberikan harga yang lebih kompetitif di samping alat ganti mudah tersedia lantas memberikan sedikit ketenangan jiwa andai ada perkara yang tidak diingini terjadi (seperti kemalangan, dsb)

Kawasaki Vulcan S650
Kawasaki Vulcan S650. Memang cun.
Jika ingin membeli motorsikal terpakai atau bajet mencapai RM30,000, admin syorkan Kawasaki Versys 650 atau Kawasaki Vulcan S650 (okay, dua-dua ni bukan jenis sportbike tapi jatuh pada julat harga yang sama) kerana kedua-dua ini mempunyai gaya atau karektor yang sesuai dengan mereka yang bekerjaya dan berpangkat tinggi di samping kemudahan alat ganti disebabkan populariti jenama Kawasaki. Benelli TnT 600 antara motorsikal yang semakin popular bagi penunggang di Malaysia tapi disebabkan faktor jenama yang masih baru dan faktor reliabliti dan keberadaan alat ganti, admin syorkan kepada bakal pembeli supaya membuat rujukan dengan pengguna sedia ada. Apa-apa pun di sini, tepuk poket tanya bajet.

Secara peribadi admin berpendapat tunggangan dalam bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur lebih sesuai bagi motorsikal yang mempunyai kuasa yang sederhana serta bentuk tubuh yang ramping dan ringan seperti KTM Duke 200 atau Kawasaki z250SL. Disebabkan karekteristik kedua-dua motorsikal ini mengutamakan torque atau dalam kata lain 'pick up' memudahkan kuasa disampaikan setiap kali pendikit dipulas lantas memudahkan tugas memotong kenderaan lain. Motorsikal seperti FZ150i dan Skyline 200 amat sesuai bagi mereka yang mementingkan bajet dan penjimatan cuma kekurangan bagi perjalanan yang melibatkan lebuh raya, walaubagaimanapun dengan kelajuan tunggangan selesa 110kmj-120kmj berbaloi dengan harga dan kos penjagaan mereka yang agak rendah.

Kapchai/Moped


Kapchai/Moped


(+) Penggunaan bahan bakar yang ekonomi, terutamanya bagi model baru yang rata-rata sudah menggunakan sistem pancitan minyak (fuel injection - FI)
(+) Kebanyakkan didatangkan dengan transmisi klac automatik dan rotary gear, memudahkan pengendalian dan penukaran gear bagi penunggang baru
(+) Saiz yang sedikit kecil dan ramping memudahkan pengendalian jarak dekat, terutamanya dalam bandar
(+) Rata-rata boleh dipasangkan raga/bakul. Ada sesetengah model didatangkan dengan ruang simpanan bawah pelana yang besar dan ada yang boleh memuatkan sebiji topi keledar.
(+) Kos penjagaan dan baik-pulih yang rendah

(-) Saiz tangki yang kecil, iaitu 4 liter menghadkan jarak perjalanan ke sekitar 100km lantas perlu kerap ke stesyen minyak.
(-)  Saiz yang kecil membuatkan ia mudah ditampar angin, agak tidak selesa untuk penggunaan di lebuh raya
(-)  Sering dikaitkan dengan budaya mat rempit mungkin membuatkan anda dipandang rendah oleh rakan sekerja (subjektif)

Rata-rata mereka yang memilih kapchai adalah yang mementingkan bajet dan ruang simpanan. Dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM6,500, boleh dikira mampu milik bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Disebabkan saiz mereka yang agak kecil dan ringan, mudah ditunggang oleh pelbagai peringkat umur, baik mereka yang di bangku sekolah rendah atau yang sudah bergelar atuk. Kekurangan bagi kapchai ini adalah disebabkan saiz tangki minyak yang kecil, menyebabkan penunggang perlu kerap ke stesyen minyak dan mudah kehabisan minyak di tengah jalan.

Antara model yang begitu popular adalah Yamaha LC135 yang didatangkan dengan 2 versi, Super Sport yang mempunyai 4 kelajuan dan klac automatik, Extreme Spirit yang menggunakan klac manual dan transmisi 5 kelajuan. Perbezaan jika menggunakan klac manual ialah pemindahan kuasa yang lebih lancar, ini boleh dirasakan apabila menukar gear semasa dalam kesesakan lalu lintas dan rata-rata penunggang bersetuju klac manual memberikan pikap yang lebih.

Honda RS150R
Honda RS150R

Untuk yang menginginkan lebih kuasa, Yamaha dan Honda kini menawarkan moped bersesaran 150cc dalam bentuk Y15ZR dan Honda RS150R. Dari pengamatan dan pengalaman admin, kedua-dua moped ini cukup berkuasa dengan konfigurasi standard. Walaupun ada yang mengatakan Honda RS150R mempunyai kelebihan berikutan menggunakan enjin DOHC, jika dinilai secara keseluruhan kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan ketara baik dari segi performance dan gaya. Harga yang ditawarkan juga amat kompetitif, bermula daripada RM8,900. Kelebihan utama pada Yamaha Y15ZR terlihat kepada mudahnya modifikasi memandangkan kebanyakan bahagian enjinnya boleh dipadan dengan bahagian aftermarket/perfomance untuk Yamaha FZ150i.
Yamaha Y15ZR Moviestar
Yamaha Y15ZR

Model baru Honda EX5 Fi
Model baru Honda EX5 Fi

Bagi mereka yang pentingkan ekonomi dan gaya, Honda Ex5 masih ditawarkan dengan wajah yang diperbaharui di samping Yamaha Lagenda dan Suzuki Smash yang kini didatangkan dengan sistem suntikan bahan api (model Fi). Untuk yang memerlukan ruang simpanan lebih besar, boleh cuba Honda Future yang menyediakan ruang simpanan bawah pelana yang cukup besar hingga mampu menyimpan sebuah helmet fullface. Bagi yang inginkan prestasi dan gaya, terdapat pilihan seperti Suzuki Shogun Axelo yang didatangkan dengan versi klac manual tetapi hanya 4 kelajuan dan Honda Wave Dash yang berpenampilan ranggi dengan corak ala motorsikal berkuasa tinggi.

Skuter
(+) Menggunakan transmisi automatik, amat mudah dikendalikan oleh penuggang kurang mahir
(+) Rata-rata mempunyai pikap yang lebih tinggi pada kelajuan rendah jika dibandingkan dengan kapchai yang mempunyai kapasiti enjin yang sama
(+) Kebiasaannya didatangkan dengan ruang simpanan bawah pelana yang agak besar maka tak perlu menggunakan raga/bakul justru mudah dinaiki oleh gadis-gadis yang memakai kain/skirt atau pak-pak lebai yang berkain sarung/jubah.

(-)  Maintenance yang lebih sedikit daripada kapchai disebabkan penggunaan transmisi automatik.
(-)  Kelajuan maksima yang lebih rendah jika dibanding dengan kapchai berkapasiti enjin yang sama

Suzuki VS125, ikon skuter terdahulu
Suzuki VS125, ikon skuter terdahulu

Skuter pernah menjadi begitu popular sekitar 5-7 tahun yang lepas tetapi atas faktor-faktor yang tidak dapat dikenal-pasti, mereka semakin ditenggelami zaman. Yang masih popular sekarang ini, Yamaha Nouvo LC dan Yamaha Ego LC yang mana boleh dikatakan kacukan kapchai disebabkan penggunaan saiz roda mereka yang lebih besar, 16" dan 14" jika dibanding dengan 12" dan 10" pada skuter lain.
Antara skuter yang cukup popular buat masa ini, Vespa Primavera 150 dan Honda PCX 150 menjadi pilihan mereka yang pentingkan gaya dengan harga yang ditawarkan sekitar RM12,000.

Skuter Maxi
Elegan 250. Senjata terbaru daripada Modenas.
Elegan 250. Senjata terbaru daripada Modenas.
Pada masa ini juga penggunaan skuter berkuasa tinggi a.k.a Skuter Maxi agak popular terutamanya daripada jenama SYM, hinggakan Modenas turut bekerja-sama dengan Kymco (syarikat permotoran Taiwan) dengan melancarkan Modenas Elegan 250 terbaru dengan harga yang amat menarik iaitu daripada RM12,500 sahaja. (untuk skuter bersesaran 250cc, ini boleh dikira agak murah)
Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan untuk skuter maxi ini.

(+) Saiz penghadang angin yang tinggi mengurangkan tamparan angin di samping penunggang masih mengekalkan posisi tunggangan tegak
(+) Amat stabil semasa kelajuan tinggi di lebuh raya (kelajuan 140kmj-160kmj mudah dicapai oleh skuter ini)
(+) Ruang simpanan lebih banyak dan lebih besar, biasanya didatangkan dengan glove box dan ruang bawah pelana yang sungguh besar boleh dimuatkan budak berumur 3-4 tahun.
(+) Amat selesa untuk tunggangan bersama pembonceng

(-)  Harga dan kos penjagaan yang lebih tinggi
(-)  Saiz yang besar menyukarkan pengendalian dalam bandar, seperti menunggang sportsbike ber-fairing cuma masih mengekalkan posisi tegak
(-)  Kurang selesa untuk pembonceng memanjat ke pelana belakang yang tinggi.

MaxSYM 400i
MaxSYM 400i di jalanan
Didatangkan dengan kapasiti enjin bermula dari 200cc, boleh dikatakan skuter-skuter ini cukup berkuasa untuk menempuh perjalanan di lebuh raya. Pengalaman peribadi admin menggunakan SYM VTS200, skuter ini mampu mencapai kelajuan 140kmj dengan selesa dibantu oleh penghadang angin yang tinggi mengurangkan kesan tamparan angin. Disebabkan saiz skuter ini yang besar dan atas faktor aerodinamik, ia dirasakan lebih stabil semasa ditunggang di lebuh raya dan memotong kenderaan besar seperti lori. Skuter ini amat sesuai ditunggang bagi mereka yang dewasa dan berkeluarga manakala kelihatan janggal apabila ditunggang oleh mereka yang bersaiz kecil. Bagi yang inginkan lebih kuasa dan mempunyai lesen B penuh, SYM turut menawarkan MaxSYM 400i pada harga Rm26,000 tapi jika bajet menjadi kekangan, pilihan yang rasa paling berbaloi adalah Modenas Elegan seperti yang penulis nyatakan di awal tadi.


Penutup
Dapat kita lihat, cukup banyak pilihan bagi kita pengguna dalam memilih motorsikal yang bersesuaian bagi tunggangan harian ke pejabat. Apa-apa pun, motorsikal-motorsikal ini hanya alat dan bergantung kepada kita bagaimana mahu menunggangnya. Amalkan tunggangan yang selamat dan patuh pada undang-undang jalan raya. Sekian, harap artikel kali ini dapat dimanfaat seadanya dan jika ada kesilapan fakta atau cadangan boleh disalurkan di ruangan komen di bawah.

Sumber: zamiryusof.blog

Pembaca juga menyukai Artikel ini >>  10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Tinggal Kenangan

10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Tinggal Kenangan


Motosikal Suzuki Malaysia


Sangat menyedihkan apabila mendapat tahu Suzuki Malaysia terpaksa menutup operasi pengeluaran di negara ini selepas berdekad lama mewarnai industri motosikal tempatan dengan pelbagai jentera bertaraf legenda. Apa yang anda ingat tentang motosikal Suzuki?

Bagi peminat motosikal, terutama kapcai di Malaysia sekitar 80 dan 90-an, nama Suzuki memang begitu gah dan berdiri sebaris dengan jenama lain seperti Honda dan Yamaha. Malah, tiga jenama itu diakui mempunyai kekuatan tersendiri. Honda misalnya terkenal dengan jentera yang lasak, Yamaha hebat dengan kelajuan, dan Suzuki pula sudah tentu dengan tunggangan menyeronokkan.

Di bawah ini kami senaraikan motosikal legenda Suzuki yang banyak meninggalkan kenangan manis kepada peminat motosikal tempatan. Sayonara Suzuki! Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian sejarah automotif negara ini.

1. Suzuki Best 110

Pelesit Selatan Suzuki Best

Inilah rekabentuk awal moped 2-lejang 90-an di Malaysia. Menarik tentang Suzuki Best 110 ialah penampilan moped ini yang masih kuat dengan imej sebuah motosikal ‘Jepun’ menerusi gabungan desain skuter dan kapcai. Lihat saja rekabentuk bahagian depan (kapcai) dan belakang (skuter). Anda belum cukup true Suzuki jika tidak kenal Suzuki Best!

2. Suzuki Panther

Panter Jerung Polis

Tidak diketahui kenapa motosikal berkapasiti 150cc ini menjadi pilihan unit operasi jalanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar era 90-an hingga digelarkan ‘motor otet’. Otet merujuk kepada polis cawangan khas (SB) atau perisik.

Mungkinkah kerana Panther berwarna hitam yang memudahkan operasi serang hendap dilakukan? Ataupun PDRM mahu tampil berbeza daripada imej penunggang awam atau mat motor yang ketika itu kebanyakannya menunggang model Yamaha. Kehadiran penunggang Panther pada tengah malam atau awal pagi sering dianggap sebagai sengaja mahu ‘bakar line’ supaya mat rempit berlumba sebelum mereka diserbu dan dicekup oleh pasukan polis beruniform.

3. Suzuki TXR150

Suzuki TXR150

Selepas Panther, Suzuki mengeluarkan TXR150R yang juga terkenal dengan panggilan Jerung. Sebenarnya jerung merujuk kepada edisi khas yang datang dengan kowl depan seperti sirip jerung, tetapi istilah itu digunakan juga secara meluas sebagai merujuk kepada generasi kedua Panther. Kata nama ‘Jerung’ juga boleh jadi diambil daripada terjemahan Suzuki Shark 150 yang bermaksud jerung. Sangat mirip seperti Panther, tetapi antara identiti khas ketara Jerung ini ialah frem kelabu dan strip badan tertulis TXR150.

4. Suzuki Gamma

Suzuki Gamma txr150

Suzuki Gamma atau TXRr150 ialah generasi terakhir Panther dengan tanda nama TXRr pada strip badan. Model ini datang secara naked dan lebih diterima umum, terutama anak-anak muda berbanding model terdahulu. Di atas jalan, motor inilah lawan sebenar Yamaha RX-Z. Bagaimanapun, produksi Gamma cuma bertahan setakat 1997.

5. Suzuki VS125

Suzuki Vs125

Inilah satu-satunya skuter yang menyebabkan ‘mat scoot’ semalaysia dipandang tidak puas hati oleh mat kapcai. Apa tidaknya, dengan kapasiti enjin 125cc, Suzuki VS125 mampu meninggalkan mana-mana kapcai standard secara senyap dan bersahaja.

Skuter VS125 juga mencetuskan penubuhan pelbagai kelab skuter di Malaysia yang terkenal dengan trend mewarnakan set badan motosikal menggunakan teknik berus angin (air brush). Tidak cukup mewarna, pemilik VS125 juga cenderung menambah set audio yang mampu menandingi kekuatan bunyi pembesar suara motor penjual aiskrim Mat Kool.

Kegilaan modifikasi mencecah ratusan hingga ribuan ringgit itu membuatkan pemilik VS125 sering dianggap sebagai anak orang kaya. Malah, ramai juga mengakui majoriti gadis yang menunggang VS125 berwajah cantik dan pandai bersosial.

6. Suzuki RG Sports 110

RG Sports 110

Jika mahu bercerita tentang kapcai Suzuki, tidak lengkap rasanya jika tidak menyebut Suzuki RG Sports 110, yakni jenama jentera dua roda yang pernah menempa kegemilangan di kalangan peminat motosikal tempatan sekitar era 1990-an.

Dikenali sebagai moped sempurna pada zaman kemuncaknya, sebutlah apa saja tentang RG Sports, segalanya sentiasa superior berbanding lawan dalam kelas sama. Apa tidaknya, RG-Sport ialah moped pertama yang datang dengan ciri yang mendahului zaman seperti meter rpm, penyerap hentak tunggal atau monoshock, transmisi 5-kelajuan dan penampilan casis deltabox dan peletak kaki belakang jenis gantung, termasuk fitur tipikal motosikal 2-lejang seperti brek cakera depan.

7. Suzuki FX125

Suzuki Fx125

Ketika pertama kali dilancarkan pada 1998, Suzuki FX125 bagaikan makhluk asing yang baru turun dari angkasa. Dalam kelas sama, motosikal ini nyata mendahului zaman. Sebagai rekod, FX125 ialah moped 4-lejang pertama yang datang dengan transmisi manual 5-kelajuan (juga dipanggil klac basah atau mati), termasuk anjakan transmisi jungkit balik (1 depan, 4 belakang). Tidak cukup dengan itu, FX125 tampil dengan teknologi DOHC dan sistem penyejukan minyak.

FX125 dikeluarkan pada tahun sama Yamaha mengeluarkan moped 2-lejang legendanya, 125Z. Mungkin kerana ciri 4-lejang yang sinonim sebagai motosikal tidak laju dan kurang ‘ganas’ membuatkan FX125 kurang laris di pasaran. Tambahan pula harganya yang agak mahal, menghampiri harga sebuah naked bike seperti RX-Z.

Namun, di pasaran motosikal terpakai, jangan terkejut melihat harga FX125 tidak pernah kurang daripada angka RM3,500 walaupun usia sudah mencecah 18 tahun! Jika Y125Z terkenal dengan julukan King of Moped, FX125 pula  ialah Queen of Moped.

8. Suzuki FXR150

Suzuki FXR150

Ini ialah abang kepada FX125 yang juga muncul mendahului zaman. Apa yang pertama tentang Suzuki FXR150? Inilah sports bike 4-lejang pertama di Malaysia dengan teknologi DOHC. Penampilan paling ‘gila’ dilakukan Suzuki ke atas sports bike ini ialah meter digital yang sehingga kini pesaing lain masih teragak-agak mahu menggunakannya!

Sekali lagi harga menjadi isu utama yang menghalang peminat motosikal memiliki jentera ini. Lagipun FXR150 cuma sebuah sports bike 4-lejang. Pada zaman itu, kecuali EX-5 dan seangkatan dengannya, motosikal 4-lejang lain memang susah mendapat tempat di hati pembeli jentera dua roda Malaysia.

9. Suzuki RGV120

Suzuki RGV120


Suzuki RGV120 ialah kapcai yang dikeluarkan susulan populariti RG Sports 110. Muncul dengan rekabentuk badan mirip RG Sports, cuma lampu utama RGV120 berbentuk bulat seperti model Suzuki GSX110, manakala lampu belakang juga direka kecil, sekali gus memberikan profil kompak berbanding model RG Sports yang lebar dan leper. Semua model RGV120 didatangkan dengan  transmisi manual sepenuhnya berserta 6-kelajuan.

10. Suzuki RC80

Suzuki RC80

Diperkenalkan lewat 80-an dan antara pesaing kepada barisan Honda cub. Bersama rekabentuk tradisional kapcai 80-an, Suzuki RC80 dibekalkan enjin 2-lejang dan transmisi automatik 4-kelajuan. Motosikal ini sangat digemari pomen dan anak muda kerana mudah dibikin selain ciri kemerduan bunyi ekzos ‘semprit’ yang dihasilkan.

Sumber : Pandulaju.my

Pembaca juga menyukai artikel ini >> Cara Modified Dan Dapatkan Topspeed Terbaik Untuk Y15zr

Cara Abang Tanjung (Rempit Penang) Layan Corner Malam Minggu



Cara Rempit Penang berMalam minggu
Kering ❌ kering race dlm town....padang kota, batu feringghi, quesbays mall..bila jatuh tergolek,ade je marshall tlg pickup..sejibik dlm moto GP... Kering x kering lah hati mau kental...

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Cantik Gile Skill !! Sehati Berdansa Bersama RXZ



Cantik Skill !! Sehati Berdansa Bersama RXZ. Cantik tu dia buat donut. Admin dapat info nama dia gaban budak motocross ni, slalu masok pertandingan, sg buaya. Mcm ni baru guna motor, ini ada RXZ peram balut plastic wrap, plastik tak bukak waktu ride konon NOS, letak atas toto lepas tu jual harga #yahudimabok 😂
Steady gaban! Part Last tu paling win hahaha!

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Jahanam!! Mat rempit ini Melongkang dengan sendirinya.



Jahanam!! Mat rempit ini Melongkang dengan sendirinya. Kah3... Oversteered , understeered, longkangsteered 😂😂😂😂😂😂😂😂😂 Takde angin takde ribut member tengok seronok rem2 tiba dia masuk longkang, kisah ni agak misteri macam misteri nusantara

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

3 TEKNIK UTAMA UNTUK 'ATTACK' CORNER SEPERTI PRO !


3 TEKNIK UTAMA UNTUK 'ATTACK' CORNER SEPERTI PRO!


Layan corner hujung minggu memang seronok. Dengan Yamaha R25 Movistar sudah habis pantang, tayar Battlax S20 Evo baru tukar, full leather suit dan helmet AGV Corsa Soleluna, terasa seperti ada semangat Valentino Rossi menyerap ke jiwa anda. Hujung minggu tiba dan anda sudah tak sabar hendak merakus selekoh-selekoh di Klawang International Circuit.
Apa yang tidak seronok?
Bila anda cuma ada semangat, tapi masih tidak ada kemahiran untuk memacu motorsikal anda ke tahapnya. Sehinggakan Uncle naik EX5 jual sayur pun boleh selamba 'tapau' anda sampai dah tak nampak bayang...Mesti 'terbakar' kan?
Memahami frustration rider-rider sportbike baru di luar sana, artikel kali ini kita akan kongsikan 3 Teknik atau 'Senjata' Utama yang mesti anda fahami dan praktis untuk 'attack' corner dengan lebih keyakinan dan semestinya lebih pantas. Teknik-teknik ini bersifat umum jadi tidak kira anda menunggang sportbike atau kapchai ia masih boleh diaplikasi dan diadaptasikan untuk penunggangan anda.
1. COUNTERSTEERING
Ramai rider sedia maklum dan faham, membelok atau mengambil selekoh memerlukan motorsikal dan penunggangnya dalam posisi leaning (menyerong). Bagaimanapun tidak ramai yang tahu mengenai aspek kritikal dalam proses ini - countersteering.
Countersteering ialah teknik di mana secara sedar atau tidak, diguna untuk memulakan proses leaning. Tidak seperti kereta di mana ada steer (kemudi) ke kiri untuk belok kiri dan sebaliknya, countersteering memerlukan anda steer ke kanan untuk membelok ke kiri dan steer ke kiri untuk belok ke kanan. Untuk memahaminya secara mendalam, anda mungkin perlu fahami kaitan camber thrust, roll angle dan centripetal force. Untuk mudahkan pemahaman, kita langkau penjelasan secara engineering dan terus kepada praktikal sahaja, OK?
Untuk fahami secara praktikal mudah sahaja. Bawa motorsikal anda secara perlahan (~20km/j) di jalan yang lurus, permukaan elok dan paling penting tidak ada kenderaan lain yang sibuk lalu lalang. Longgarkan genggaman dan tarik handlebar dengan tangan kanan (pastikan throttle tidak dipulas mengejut)
Apa yang akan terjadi, roda depan akan menghala ke kanan dan dalam masa yang sama motorsikal anda akan segera menyerong ke kiri sebagai tindak balas. Gabungkan countersteering tadi dengan perpindahan berat ke alas pemijak (dalam kes ini, alas pemijak kiri), anda boleh kemudi motorsikal anda secara segera tidak kira berapa beratnya. Siapa cakap motor berat susah nak layan corner?
Mungkin kedengaran agak remeh, namun pemahaman anda terhadap teknik countersteering secara sedar boleh melatih anda untuk membelok dan mengambil selekoh dengan lebih sempurna tidak kira motorsikal apa yang anda tunggang.


2. HANGING OFF
Kedudukan titik graviti yang normal; dot besar mewakili gabungan titik graviti motorsikal dan penunggang.
Daya pecutan sesebuah motorsikal bergantung kepada kadar cengkaman jalan dan ini bergantung kepada contact patch (saiz sentuhan) antara tayar dan permukaan jalan. Posisi menegak memberikan cengkaman terbaik menerusi contact patch yang besar, melalui lebar tayar dan kekuatan sistem gantungan (suspension). Bagaimanapun semasa mengambil selekoh, motorsikal perlu diserongkan lantas mengecilkan contact patch seterusnya mengurangkan kadar cengkaman jalan; mengurangkan juga kebolehan motorsikal untuk dipacu lebih laju tanpa menjejaskan kendalian (kekurangan cengkaman jalan boleh mengakibatkan roda belakang mudah spin lantas hilang kawalan).
Salah satu faktor yang menentukan kekuatan cengkaman adalah titik graviti; dalam kes ini gabungan titik graviti motorsikal dan penunggang. Sebagai bantuan visual, dalam rajah-rajah di sini dot merah besar mewakili kedudukan gabungan titik graviti penunggang dan motorsikal yang mana diwakili oleh dot merah kecil. Semakin rendah kedudukan titik graviti (dot merah besar), semakin tinggi daya dihasilkan ke atas permukaan tayar lantas memberikan contact patch yang lebih besar. Namun disebabkan gerak hati penunggang untuk kekal dalam keadaan menegak menyebabkan mereka mengubah kedudukan titik graviti ke-luar; mengurangkan contact patch dan memberikan beban tidak seimbang kepada sistem gantungan.
Kedudukan titik graviti semakin meninggi mengurangkan daya yang memberikan cengkaman jalan pada tayar.
Untuk memberikan contact patch dan cengkaman yang lebih kuat pada sudut serongan yang sama (anggap motorsikal anda sudah mencapai had sudut serongan), anda perlu biasakan diri untuk merendahkan kedudukan titik graviti anda.
Caranya ialah dengan 'hanging off', mengubah posisi badan anda ke sebelah dalam selekoh. Dengan posisi ini, anda telah mengubah kedudukan gabungan titik graviti lebih rendah lantas memberikan contact patch yang lebih besar, memberi cengkaman yang lebih kuat dan membenarkan anda untuk memecut lebih laju di selekoh.
Melunjurkan lutut atau kaki (seperti pelumba MotoGP) tidak mengubah titik graviti namun boleh membantu sebagai support untuk mengekalkan sudut serong semasa selekoh. Walaupun teknik ini kelihatan sedikit 'keterlaluan' untuk digunakan di atas jalan raya , ia tetap berguna untuk dilatih sebagai persiapan dalam waktu terdesak, contohnya jika anda tersilap mengagak kelajuan masukan (entry speed) dan sudah menghampiri had sudut serong motorsikal anda.

3. PERFECT CORNERING LINE
Memilih cornering line yang sesuai bukan sahaja menjadikan anda lebih pantas malah memberikan ruang untuk anda bertindak semasa keluar selekoh. Cornering line di sini meliputi entry (masukan), apex (bahagian terdalam selekoh) dan exit (keluar), dan boleh dibahagikan kepada early atau late apex (maaf, tidak semua perkataan bahasa Inggeris sesuai diterjemahkan).
Kebanyakan rider baru akan terpengaruh untuk melaluk early apex, yang mana memberikan mereka ruang cornering yang sempit lantas menyebabkan mereka memperlahankan motorsikal lebih daripada sepatutnya dan juga tersasar (running wide) dari garis cornering ideal. Early apex juga memberikan risiko titik buta semasa anda sudah dalam posisi cornering, seterusnya menyempitkan ruang untuk anda bertindak sekiranya terdapat halangan di bahagian exit.
Cornering line yang sesuai sama ada late apex atau typical apex (juga dirujuk sebagai correct line), bergantung kepada selekoh sama ada blind corner atau tidak; merujuk kepada selekoh yang anda tidak nampak situasi keluarnya, disebabkan oleh titik buta (blind spot) yang terdiri daripada halangan semulajadi seperti lereng bukit atau bukan semulajadi seperti papan tanda.


KONKLUSI

Walaupun teknik-teknik dan kemahiran di atas bakal membuatkan anda lebih pantas di selekoh, jangan terlupa yang ia tetap memerlukan anda mempunyai kelengkapan yang betul untuk tunggangan yang lebih selamat. Sentiasa pilih tayar yang sesuai (pakai sportbike tapi tayar touring, pun tak jadi juga kalau betul-betul nak meratah corner), kelengkapan keselamatan yang mencukupi dan etika tunggangan yang cermat terutamanya jika menunggang dalam berkumpulan.

Selamat mencuba..
Pastikan insurans dan roadtax belum tamat tempoh..

Pembaca juga menyukai artikel ini >>> PANDUAN RINGKAS MEMILIH MOTOSIKAL IDAMAN - 7 JENIS ENJIN MOTORSIKAL MODEN

Review Penuh Bahasa Melayu Benelli RFS 150i 2017



Review Penuh Bahasa Melayu Benelli RFS 150i

2017 Benelli RFS150i kini di Malaysia – enjin Euro 3, suntikan bahanapi, 15.5hp – RM6,988 (standard), RM7,338 (SE)

Moped pertama dari Benelli untuk pasaran Malaysia, RFS150i, hadir dengan ciri-ciri yang dicari beserta harga yang berpatutan. Hanya RM6,988 untuk model standard, jentera Rider For Speed (RFS) 150i akan memberikan kuasa sebanyak 15.5hp dari enjin SOHC yang patuh Euro 3.

Enjin SOHC patuh EURO 3 ini hadir dengan 1-silinder tetapi dilengkapi dengan sistem ‘3-Spark’ yang menggunakan 3 palam pencucuh.

Cukup berkuasa enjin ini pada ukuran 15.5hp. Harga pula serendah RM6,988 untuk model standard. Benelli benar-benar ingin menjadi satu nama yang disebut-sebut di Malaysia dalam dunia motosikal bukan hanya sekadar singgah, tetapi menguasai pasaran.

Rekaan keseluruhan

“Really nice bike” – kata admin Kesh. Rekaan Benelli RFS150i ini menarik walaupun ini adalah kali pertama moped ini dihasilkan oleh Benelli untuk pasaran Malaysia. Jentera dengan rekaan yang agak radikal sebegini biasanya memberikan persepi 50-50 samada cantik atau tidak. Namun, jika kualitinya cukup baik dengan kuasa 15.5hp yang tidak hanya nampak besar atas kertas, dan terbukti di jalanan, pastinya jentera ini boleh mengubah persepsi awal orang ramai bahawa RFS150 juga cantik malah berkuasa.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Cara Modified Dan Dapatkan Topspeed Terbaik Untuk Y15zr




Kalau enjin standard sprocketnya adalah:-
F14 R42 pada ratio 3.00

Untuk mendapatkan top speed yg lebih anda harus menurunkan ratio dan jika ada inginkan pick up yg lebih haruslah menaikkan ratio anda.

Harus diingatkan bahawa anda tak boleh memiliki kedua2 pick up dan top speed pada masa yg sama.
Anda nak pick up ke anda nak top speed?
Buatlah keputusan.

Lagi rendah ratio bertambahlah topspeed
Berikut adalah sprocket setting utk mendapat top speed yang lebih:-

F14 R41 Ratio 2.93
F15 R43 Ratio 2.87
F14 R40 Ratio 2.86
F15 R42 Ratio 2.80
F14 R39 Ratio 2.79
F15 R41 Ratio 2.73
F14 R38 Ratio 2.71
F15 R40 Ratio 2.67
F14 R37 Ratio 2.64
F15 R39 Ratio 2.60
F14 R36 Ratio 2.57
F15 R38 Ratio 2.53
F14 R35 Ratio 2.50
F15 R37 Ratio 2.47

Harus diingatkan bahawa setting sprocket adalah bergantung kepada:-
1. Keupayaan Enjin adalah standard atau dah modified
2. Berat badan rider berapa kg
3. Cara ride anda duduk selamber, tunduk, rocket,cucuk angin atau fly to the moon.
4. Size tayar dan rim anda besar atau kecil

Antara ekzos yg mempunyai cutting standard Y15 adalah:-
1.UMA
2.CJ Ipoh
3.YY Pang
Ekzos tersebut mempunyai diameter manifold exhaust yg lebih besar.

Terdapat juga exhaust2 racing lain yg lebih berdiameter besar tetapi bunyinya agak bising dan menjadikan abam2 polis n jpj ingin mengenali anda lebih dekat.👨🏻‍✈🚓

Y15zr  Rizal Halim Sumber Youtube


Ecu juga memainkan peranan penting utk buang cut off ke RPM yg lebih tinggi.

Contoh Y15 punya Ecu:
1.Apitech
2.TuneBoss
3.Uma RC
4.Juken
Dan lain2..

Antara block2 racing yg available utk sarung ke Y15 dipasaran..
1. 60mm
2. 62mm
3. 63mm
4. 65mm
5. 66mm
6. 68mm
Dan lain2 big bore seterusnya..

Antara head2 racing yg available utk y15 size valvenya:
1. 19 22
2. 20 23
3. 25 22
Dan seterusnya..

Antara TB Thottle body yg available kat market utk Y15:-
1. UMA 32mm / Mikuni 32mm
2. UMA 34mm

Antara Injector yg available utk Y15:
1. 140cc
2. 160cc
3. 180cc
4. 200cc
Dan lain2 lagi..

Antara Hyperclutch yg available:
1. 5 spring
2. 6 spring

Antara connecting rod yg available utk Y15:-
1.100mm standard
2.103mm
Dan lain2 lagi...ni da kira jek rod la..

Peringatan:
Kalau dah modi tu, better hantar tune n dyno ke tempat2 yg boleh dipercayai dan dikenali ramai.

Sekian..sedikit perkongsian dan sumber dari rakan2 dan group Y15ZR..
#Semakin didepan
#Y15ZR 🇲🇾
#Need4Speed
#199km/h

Pembaca juga menyukai artikel ini >>> 3 TEKNIK UTAMA UNTUK 'ATTACK' CORNER SEPERTI PRO !

Akak Sado Dinamik Kuning Buat Aksi Mengerikan :)



Akak Sado Modenas Dinamik Kuning Buat Aksi Mengerikan :) Pandang belakang dlu.. Line clear.. Lpas tu pump.. Terr.... �� Jangan korang tewas dah la dengan dia ...malu oo.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Aisyehhh!! Rider Y15ZR telah mencabar saya ke Bukit Tinggi



Aisyehhh!! Rider Y15ZR telah mencabar saya ke Bukit Tinggi. Bukan main lagi dia..Layankan je la. Kena lebih banyak belajar mamat ni, tengok corner lain macam je haha. Dah la kelaut dh mujur tak makan divider.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

PANDUAN RINGKAS MEMILIH MOTOSIKAL IDAMAN - 7 JENIS ENJIN MOTORSIKAL MODEN

Bolehkah anda senaraikan jenis-jenis enjin motorsikal yang ada di pasaran sekarang? Mungkin anda hanya tahu mengenai single cylinder, parallel twin dan in-line 4 serta sedikit maklumat tentang kekurangan dan kelebihan setiap jenis enjin-enjin ini.
Bagaimana dengan selebihnya?
Ikuti artikel kali ini untuk panduan ringkas dan padu 7 jenis motorsikal moden serta kelebihan dan kekurangan mereka.

Single
*******

Konfigurasi enjin yang paling asas dengan hanya satu silinder menjana keseluruhan kuasa. Binaan yang ringkas membawa kepada kos pembuatan yang rendah, menjadikan enjin silinder tunggal ini pilihan popular untuk pasaran motorsikal ekonomi.
Walaupun begitu, tidak bermakna enjin ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa kelajuan. Dengan daya kilas (torque) yang tinggi pada RPM rendah, membuatkan motorsikal sport/naked yang dilengkapi enjin ini begitu tangkas di bandar dan selekoh-selekoh pendek.
Biasa didapati pada:
Motorsikal ekonomi; skuter atau kapchai
Sportbike urban (biasanya naked); KTM Duke series, Honda CBR250, Kawasaki z250SL
Supermoto/dual purpose; Kawasaki D-Tracker X, Demak DTM200
Kelebihan:
Saiz yang kompak dan ramping, sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan off-road
Mudah diselenggara
Torque/pikap yang cukup kuat pada sesaran enjin yang sama
Kekurangan:
Getaran kuat, mudah dirasai jika dibawa untuk perjalanan jauh
Kuasa maksimum (HP) yang kurang berbanding enjin multi-silinder bersesaran sama
Tidak sesuai untuk sesaran tinggi (disebabkan faktor di atas).


Parallel Twin
*************
Enjin de-facto untuk motorsikal kelas 250cc. Memberi keseimbangan antara torque dan HP menjadikan motorsikal 250cc yang bernadikan enjin jenis ini menjadi pilihan kepada mereka yang mahukan performance terbaik tanpa perlu upgrade lesen. Atas tujuan yang sama, parallel twin menjadi pilihan bagi motorsikal bersesaran tinggi (600cc ke atas) yang dipasarkan sebagai tunggangan harian seperti Kawasaki ER6N, Versys dan Yamaha MT-07.
Biasa didapati pada:
Sportbike 250cc high performance; Kawasaki Ninja 250R, Yamaha R25
Streetbike; Yamaha MT-07, Honda CB500F
Dual-sport; Kawasaki Versys, BMW F800GS
Kelebihan:
Kompak dan ringan
Responsif pada RPM rendah
Sesuai untuk perjalanan dalam bandar atau jauh di atas lebuh raya
Kekurangan:
Getaran lebih terasa jika dibandingkan sebelah menyebelah dengan in-line 4.

V-Twin
********
Konfigurasi enjin wajib ada pada sebuah Harley Davidson dan Ducati. Seperti parallel twin sebelum ini, V-Twin tewas dengan In-line 4 jika dibandingkan secara maksimum HP yang mampu dicapai namun mempunyai kelebihan powerband yang lebar, memberikan torque yang tinggi sejurus pendikit dipulas. Untuk motorsikal cruiser seperti Harley Davidson, torque tinggi setiap masa daripada nadi V-Twin lebih dihargai berbanding kuasa maksimum In-line 4 yang hanya dicapai apabila dikerah.
Bagi yang faham cara baca dyno-chart, boleh lihat carta di bawah untuk perbandingan kuasa Superbike, dalam kes ini merujuk kepada Ducati 1299. Boleh kita lihat, Ducati 1299 dengan enjin V-Twin mencapai redline lebih awal pada 9,900 RPM dengan hanya 175 HP, namun jika dilihat secara keseluruhan mesin ini memberikan tahap kuasa tertinggi pada setiap tahap putaran.
Biasa didapati pada:
Motorsikal Ducati
Cruiser; Harley Davidson
Naza Blade / Hyosung GTR
Kelebihan:
Torque tinggi dan powerband yang lebar
Sangat responsif
Mempunyai profil ramping dan titik graviti yang lebih rendah
Kekurangan:
Getaran lebih mudah terasa
Kurang kuasa (HP) untuk sesaran yang sama.


Boxer Twin
************
Kebiasaannya hanya didapati pada motorsikal dual purpose BMW seperti R1200GS, enjin jenis ini memberikan torque yang begitu kuat hingga mampu menggerakan BMW R1200GS yang seberat 270kg dalam keadaan melahu (idle). Kenapa dipanggil 'boxer'? Sebab aturan silinder yang melintang mirip kepada enjin 'boxer' kereta Subaru Impreza di mana pergerakan silinder berlawanan mirip dengan gerakan tumbukan peninju.
Perhatikan powerband RS1200GS (merah) yang linear berbanding pesaing sekelasnya yang mempunyai torque dip ketara pada 3,000 ke 4,000 RPM.
Biasa didapati pada:
BMW R1200GS, BMW R nine T
Kelebihan:
Torque yang sangat tinggi
Powerband yang linear memberikan power delivery yang lancar
Kestabilan tinggi dengan titik graviti yang rendah
Kekurangan:
Saiz enjin yang lebar mengehadkan sudut condong semasa mengambil selekoh
Torque reaction; efek seperti G-Force tetapi bertindak pada sisi disebabkan pergerakan omboh yang melintang, mengganggu kestabilan semasa mengambil selekoh.


In-line 4
*********
Penyampaian kuasa yang lancar (smooth) dan high revving, ditambah bunyi ekzos yang merdu, motorsikal bernadi 4 silinder sebaris menjadi pujaan ramai peminat motorsikal yang gilakan kuasa di lebuh raya. Turut Menyumbang populariti konfigurasi enjin ini, ia menjadi pilihan pengeluar motorsikal dari Jepun sejak sekian lama dan seperti kita sedia maklum jenama Yamaha, Honda dan Kawasaki cukup terkenal di negara ini berbanding jenama barat seperti Triumph (bukan jenama bra ke ni?)
Biasa didapati pada:
Sportbike kelas pertengahan; Yamaha XJ6, Kawasaki Z800
Supersport Bike (Superbike); Yamaha R1, Honda CBR1000RR, BMW S1000RR
Kelebihan:
Penyampaian kuasa yang lancar pada RPM sederhana dan tinggi
High revving, mampu dikerah lebih lama sebelum mencapai redline atau anda sendiri kecut perut
Bunyi yang merdu
Kekurangan:
Perlu dikerah berikutan tenaganya hanya terdapat pada RPM tinggi
Lemah dari segi torque, mudah tersedu jika dibawa perlahan. Menyebabkan ia tidak sesuai diaplikasi pada motorsikal bersesaran rendah.
Kebanyakan motorsikalnya lebar dan berat.

Triple
*******
Gabungan sempurna antara kuasa torque dari parallel twin dan kuasa puncak dari high revving inline four, konfigurasi triple cyclinder menjadi kegemaran mereka yang pernah menunggangnya. Kenapa? Triple cylinder menjaminkan anda mempunyai kuasa pada setiap keadaan, sama ada di selekoh mahu pun di jalan lurus.
Perhatikan carta dyno di bawah, untuk sesaran yang sama Triumph Speed Triple memberikan kuasa yang lebih tinggi pada setiap RPM sebelum redline awal pada 9,000 RPM, berbading motorsikal in-line 4 yang redline pada 10,000 RPM... hanya beza 1,000 RPM sahaja!
Biasa didapati pada:
Motorsikal Triumph; Street Triple 675RS, Daytona 675 dan Speed Triple R
Yamaha MT-09
Kelebihan:
Karakteristik seimbang antara dua dan empat silinder
Versatiliti, performance yang setanding untuk setiap keadaan baik selekoh mahupun jalan lurus
Bunyi yang cukup unik
Kekurangan:
Pilihan motorsikal yang terhad.
Buat masa sekarang mudah didapati hanya dengan Yamaha MT-09 sahaja manakala Triumph kurang mendapat sambutan berikutan kos yang sedikit mahal jika dibandingkan dengan pesaingnya. Namun bagi mereka yang pentingkan kehalusan pembuatan (refinement), berbaloi bayar lebih untuk motorsikal Triumph.

V-4
*****
Seperti Triple sebelum ini, V-4 menjanjikan keseimbangan antara konfigurasi dua dan empat silinder dengan torque kuat pada RPM rendah dan kuasa pada RPM tinggi. Apa yang menjadi tarikan pada V4 ialah penyampaian kuasa yang lebih linear dan lancar pada setiap tahap RPM dan profilnya yang lebih langsing memudahkan pengendalian. Walaupun begitu, pembuatan enjin yang kompleks dan memakan kos membuatkan tidak ramai pengeluar berminat untuk gunakan enjin ini selain daripada tujuan perlumbaan.
Merujuk carta di bawah, anda boleh lihat garisan untuk Aprilia RSV4R yang diwarnakan hitam terletak antara Ducati 1199 Panigale (V-Twin) dan Kawasaki ZX-10R (In-line 4) dari segi torque dan kuasa kuda tertinggi. Penyampaian kuasa RSV4R juga kelihatan linear dengan kuasa yang semakin meningkat pada setiap RPM berbanding dengan Yamaha R1 yang mengalami torque dip pada 5,000 RPM.
Biasa didapati pada:
Supersport atau tourer(cruiser); Aprilia RSV4R, Aprilia Tuono V4, Yamaha VMax
Motorsikal perlumbaan MotoGP; Honda RC213V, Ducati Desmosedici
Kelebihan:
Penyampaian kuasa yang lancar dan torque yang lebih tinggi berbanding in-line
Profil yang lebih ramping membantu pengendalian
Bunyi yang unik
Kekurangan:
Pilihan motorsikal yang terhad. Seperti Triple tadi, V4 memberikan kepuasan tinggi kepada pemiliknya jika mampu berbelanja lebih.
Konfigurasi enjin yang kompleks turut meningkatkan kos baik pulih dan modifikasi berbanding enjin in-line 4.
Sekiranya diberi pilihan percuma, yang mana satukah pilihan anda?

Pembaca juga menyukai artikel ini >>> Panduan Memilih Motorsikal Kegunaan Kerja Harian